analisi pantun kasih sayang



PANTUN KASIH SAYANG

Dari mana pipit melayang
    Dari paya turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
   Dari mata turun ke hati

Air dalam bertambah dalam,
   Hujan di hulu belumlah teduh
hati dendam bertambah dendam
   dendam dahulu belumlah sembuh

ANALISA

i)ASONANSI     (pengulangan huruf vokal a)

cth: rangkap satu

dari mana pipit melayang
dari paya turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati

Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 21 kali

ii)ALITERASI  (pengulangan huruf konsonan m)

    contoh :rangkap 2

     air dalam bertambah dalam
     hujan di hulu belumlah teduh
     hati dendam bertambah dendam
     dendan dahulu belumlah sembuh

Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal m sebanyak 9 kali

iii)ANAFORA
    Rangkap 1 baris satu dan dua
     Dari  mana pipit melayang
     Dari  paya turun ke padi

iv)RESPONSI  (pengulangan kata di tengah baris)
    Rangkap 1(turun)

    dari mana pipit melayang
    dari paya turun ke padi
    dari mana datangnya sayang
    dari mata turun ke hati

TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

analisis pantun agama


PANTUN AGAMA

Bnyak hari antara hari
    Tidak semulia hari jumaat
Banyak nabi antara nabi
    Tidak semulia Nabi Muhammad

Anak ayam turun sepuluh.
    Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
   Minta ampun kepada tuhan


ANALISA PANTUN
  • mempunyai 2 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 patah perkataan dalam serangkap
  • mempunyai 9-11 bilangan suku kata
  • rima akhir adalah a,b,a,b
  • sejenis puisi yang terikat

NILAI KEINDAHAN
  • Gaya bahasa yang relevan
  • menggunakan ayat yang sesuai
  • figuratif
  • metafora
           cth:tidak semulia Nabi Muhammad
  • personafikasi
          cth:tidak semulia hari jumaat

GAYA PENEGASAN

REPETISI (pengulangan kata)
cth:semulia nabi

anafora (pengulangan awal ayat)
cth:banyak ,tidak

RESPONSI:(pengulangan tengah ayat)
cth: antara,semulia

INVERSI(ayat songsang)
cth: bayak hari anatara hari sepatutnya antara banyak hari hari

NADA;Nada Romantik


TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

analisis pantun budi


PANTUN BUDI

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga

Tenang tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
budi baik rasa nak junjung.

TEMA
Pantun budi bertemakan menghargai,membuat kebaikan dan mengingati budi seseorang

BENTUK PANTUN
  • jenis puisi ialah pantun
  • pantun ini ialah pantun budi
  • pantun budi ialah puisi terikat
  • puisi ini terdiri daripada 3 rangkap
  • bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu 4 baris serangkap
  • 2 baris pertama merupakan pembayanf manakala 2 baris berikut adalah maksud
  • bilangan kata dalam baris hampir sama ,iaitu antara 4-5 patah kata dalam satu baris
  • bilangan sukukata dalam setiap baris terdiri daripada 9-10 sukukata
  • rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b
UNSUR ESTETIKA

pemilihan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun budi termasuklah;

a)anafora ,contohnya:
  hutang emas boleh dibayar
  hutang budi di bawa mati

b)epifora,contohnya:
  gunung daik bercabang tiga
  budu-i baik dikenang juga   [PENGULANGAN PADA AKHIR BARIS]

c)personafikasi,contohnya:
   hutang budi diwa mati  
d)hiperbola,contohnya;
budi baik rasa nak junjung [Menyatakan secara berlebih lebihan ]

e)inversi,contohnya:
hancur badan rasa nak junjung  sepatutnya badan hancur dikandung tanah

Antara unsur bunyi yang digunakn dalam pantun budi termasuklah ;

a)asonansi
   i)pengulangan bunyi vokal a
     cth rangkap 1:

      pisang emas dibawa belayar
      masak sebiji di atas peti
      hutang emas boleh dibaya
      hutang budi dibawa mati
     Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 18 kali

b)aliterasi
  i)pengulangan bunyi konsonan n
    contoh rangkap 2:

    pulau pandan jauh ke tengah 
    gunung daik bercabang tiga
    hancur badan dikandung tanah
    budi baik dikenang juga

   Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi konsonon n sebanyak 13 kali.

c)rima akhir - pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris

   contohnya:

   tenang tenang air di laut
   sampan kolek mudik ke tanjung
   hati terkenang mulut menyebut
   budu baik rasa nak junjung

NILAI

  • Nilai menghargai-contonhnya menghargai dan mengenang jasa seseorang yang dilakukan
  • Nilai kesederhanaan -contohnya bersikap kesederhanaan terhadp seseorang dengan melakukan kebaikan yang berkaitan dengan hal - hal keduniaan dan akhirat
  • Nilai kejujuran-contohnya sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh masyarakat.selain itu,kebaikan dan budi yang dilakukan akan dikenang sampai bila - bila.
FUNGSI PANTUN

  • Untuk menyampaikan pesanan
  • alat untuk mengajar dan didikan 
  • untuk menceritakan pandangan masyarakatkepada masa itu
  • untuk menggambarkan fikiran pada masa itu
  • sebagai alat komunikasi

TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

MANTERA

a. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.
b. Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.


a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istia



JENIS MANTERA

Jenis mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan, iaitu :
a. Perubatan
b. Pakaian diri
c. Pekerjaan
d. Adat isiadat


CIRI-CIRI MANTERA

Dari segi bentuk :
i. Bentuk bebas atau tidak terikat
ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap
iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.

Dari segi isi :
i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

Dari segi bahasa :
i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran
ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora. 

TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

TEROMBA


   Merupakan susunan adat yang disamapikan dalam bentuk puisi.
  J   Dikenali juga sebagai puisi adat
  J   Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan.
  J   Norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkan.

                                       
Ciri Termba.. (adat tonggak nilai)

       q   Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
       q   Mengandungi tujuh rangkap.
       q   Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu:

·         Rangkap 1 megandungi 14
·         Rangkap 2 mengandungi 16 baris serangkap
·         Rangkap 22 baris serangkap
·         Rangkap  empat, 6 baris serangkap
·         Rangkap lima, 17 baris serangkap
·         Rangkap enam, 7 baris serangkap
·         Rangkap tujuh , 9 baris serangkap

  q   Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  q   Jumlah perkataan sebaris tidak seimbaang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
       Jumlah suku kata sebaris tidak seimbang iaitu antara 3 hingga_______


TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

TALIBUN


Talibun adalah sejenis puisi lama seperti pantun karena mempunyai sampiran dan isi, tetapi lebih dari 4 baris ( mulai dari 6 baris hingga 20 baris). Berirama abc-abc, abcd-abcd, abcde-abcde, dstnya.
Ciri-ciri Talibun adalah seperti berikut:-
  • Ia merupakan sejenis puisi bebas
  • Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian
  • Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci
  • Tiada pembayang. Setiap rangkap dapat menjelaskan satu keseluruhan cerita
  • Menggunakan puisi lain (pantun/syair) dalam pembentukannya
  • Gaya bahasa yang luas dan lumrah (memberi penekanan kepada bahasa yang berirama seperti pengulangan dll)
  • Berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara
  • Merupakan bahan penting dalam pengkaryaan cerita penglipur lara

[sunting]Tema Talibun

Tema talibun biasanya berdasarkan fungsi puisi tersebut. Contohnya seperti berikut:-
  • Mengisahkan kebesaran/kehebatan sesuatu tempat dll
  • Mengisahkan keajaiban sesuatu benda/peristiwa
  • Mengisahkan kehebatan/kecantikan seseorang
  • Mengisahkan kecantikan seseorang
  • Mengisahkan kelakuan dan sikap manusia
  • mengisahkan perlakuan dimasa lalu

[sunting]Contoh Talibun

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi nampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung, Merak mengigal
Fajar sidik menyinsing naik
Kicak-kicau bunyi Murai
Taktibau melambung tinggi
Berkuku balam dihujung bendul
Terdengar puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang
(Hikayat Malim Deman)

TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

GURINDAM


Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibunteromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeda dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak an unsure-unsur estetik yang lain.

ciri-ciri gurindam
Rangkap
mempunyai dua baris serangkap @ beberapa baris dalam rangkap. setiap baris dalam baris rangkap merupakn isi @maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnyauntuk membawa makna yang lengkap.baris pertama dikenali sebagai 'jawab'. baris pertama dikenali sebagai syarat dan@peristiwa dan baris kedua pula menyatakanketerangan @ menjelaskan apa yangtelah dinyatakan oleh baris @ ayat pertama tadi.

perkataan 

jumlah perkataaan juga tidak tetap.

suku kata 

jumlah suku kata tidak tetap

rima 

rima akhirnya juga tidak tetap

Jenis jenis gurindam
  • gurindam serangkap dua baris
  • gurindam seragkap 4 baris 
  • gurindam bebas
Fungsi Gurindam
  • gurindam dapat dijadikan sebagai gambaran masyarakat yang dapat menunjukkan kreativiti dan estetika serta daya intelek masyarakat melayu silam salam memdepani kehidupan mereka
  • juga dapat dijadikan bahanuntuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat
contoh Gurindam
gurindam fasal yang keenam
cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan ubat

cahari olehmu akan guu
yang boleh tahukan tiap seteru

cahari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri

cahari olehmu kawan 
pilih segala orang setiawan

cahari olehmu akan abadi
yang ada baik sedikit budi






TERIMA KASIH JEMPUT KOMEN :)

 
This blog is proudly powered by Blogger.com | Edit by inikisahtia.com